[ad_1]

SHAH ALAM – Anak muda ini pernah mengalami kerugian sehingga terpaksa berhutang sebanyak enam angka, namun dia tidak pernah patah semangat untuk meneruskan empayar perniagaannya.

Jeffry Zain komited membantu golongan muda untuk terlibat dalam bidang keusahawanan.

Jeffry Zain komited membantu golongan muda untuk terlibat dalam bidang keusahawanan.

Usahawan dan juga pengasas Anna Legacy, Jeffry Zain Md Zamsari, 24, berkata, 2020 adalah tahun yang amat mencabar buat dirinya.

“Tahun 2020 saya pernah mengalami kerugian lebih daripada enam angka dan turut mempunyai hutang dalam anggaran jumlah yang sama,” katanya.

Pengarah Anna Legacy Academy itu turut menjadikan kesusahan keluarganya sebagai motivasi akhirnya meraih kejayaan apabila beliau berjaya memiliki empayar perniagaan tersendiri di kala usia masih muda.

“Saya berasal daripada keluarga susah dan ketika berusia 13 tahun, ayah, Md Zamsari Sukaimi terlantar akibat lumpuh dan tugas ketua keluarga diambil alih oleh emak, Siti Fatimah Mohamadin untuk menyara kami lima beranak.

“Ketika itu saya melakukan pelbagai kerja asalkan dapat upah walaupun sekadar RM5 hingga RM10 sehari. Masih bersekolah tetapi waktu pagi saya akan keluar mencari wang dengan menjadi tukang kebun, basuh kereta dan pelbagai lagi, waktu petang pula saya akan ke sekolah,” katanya yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat bumiputera.

Jeffry Zain berkata, beliau meneruskan perniagaan dalam taliannya sehingga menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor, ketika itu dalam usia 18 tahun dan mempunyai seramai 50 orang ejen tetapi tidak bertahan lama kerana ilmu perniagaan masih kurang.

Beliau kini memiliki hampir 100 lebih ejen berdaftar di bawah lebel Anna Legacy dan membuka peluang perniagaan golongan pelajar institut penggajian tinggi dengan menawarkan kursus keusahawanan di bawah Anna Legacy Academy.

Antara produk dipasarkan di bawah jenama Anna Legacy adalah Zainsolutions iaitu makanan tambahan untuk kesihatan mata yang diperkayakan dengan khasiat buah-buahan seperti kurma. Ia didatangkan dalam bentuk tablet dan sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak digalakkan untuk wanita hamil.

Produk Zainsolutions kini terjual hampir 30,000 unit setiap bulan dan jumlah permintaan sentiasa bertambah.

Selain itu, beliau juga memasarkan produk busana iaitu Hayla heejab menampilkan fesyen sedondon terkini ibu dan anak dengan menggunakan tagline ‘Semanis Sarung Sedondon’

Bagi yang berminat mengetahui produk-produk ini lebih lanjut, boleh layari annalegacy.com

[ad_2]

Source link