[ad_1]

SHAH ALAM – Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) berkerjasama dengan rangkaian runcit premium terkemuka Malaysia The Food Purveyor (TFP) untuk menjangkau serta memenuhi keperluan insurans segmen pelanggan baharu.

Kerjasama ini adalah sebahagian daripada langkah strategik Takaful Malaysia dalam mengambil inisiatif pemasarannya ke tahap yang baharu dengan menawarkan ahli TFP program kesetiaan digital yang dikenali sebagai Bites.

Program kesetiaan digital melalui aplikasi Bites ini menawarkan pengalaman dalam talian (online) yang selamat dan lancar untuk memperbaharui atau membeli insurans motor serta mata ganjaran Bites.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata, dalam persekitaran pasaran mencabar akibat pandemik Covid-19, pihaknya meneroka peluang perniagaan baharu.

“Dengan memanfaatkan aplikasi Bites yang boleh diakses dan dimanfaatkan oleh ahli Bites, penawaran produk motor secara dalam talian melalui kerjasama ini adalah bertepatan dengan waktu untuk perniagaan Takaful Malaysia dan TFP,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, insurans kini dipermudahkan dengan hanya beberapa klik melalui aplikasi Bites untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ahlinya, terutama ketika kawalan pergerakan berperingkat dan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penularan wabak ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Food Purveyor, Geoff King berkata, sehingga kini, pelbagai ganjaran dan perkongsian ke telefon pintar ditawarkan kepada lebih daripada 250,000 ahli Bites sejak aplikasi Bites diperkenalkan pada tahun 2018.

Apikasi Bites memberikan manfaat kepada ahlinya.

Apikasi Bites memberikan manfaat kepada ahlinya.

“Setakat ini, hanya produk insurans motor yang ditawarkan melalui aplikasi Bites. Namun, lebih banyak produk insurans dalam talian lain akan ditawarkan untuk pendaftaran melalui aplikasi Bites pada masa hadapan,” katanya.

Geoff berkata, melalui kerjasama itu, ahli Bites akan menikmati potongan 10 peratus apabila mereka membeli atau memperbaharui insurans kereta melalui aplikasi Bites.

Sebagai alternatif, ahli Bites dan pelanggan lain boleh mengunjungi portal jualan dalam talian Click for Cover untuk mendaftar produk insurans dalam talian lain seperti kemalangan diri dan perlindungan perubatan untuk memenuhi pelbagai keperluan mereka.

Bites oleh TFP adalah program kesetiaan dan ganjaran digital yang menawarkan pelbagai keistimewaan khusus untuk ahli, termasuk mata ganjaran Bites setiap kali ahlinya berbelanja di kedai Village Grocer, Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) dan BSC Fine Foods.

[ad_2]

Source link