[ad_1]

KOTA KINABALU, 10 Julai : Sabah merekodkan empat lagi kluster baharu COVID-19 yang menyumbang kepada sebahagian daripada 251 kes harian di negeri itu hari ini.

Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kluster terbabit ialah Kluster Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Empat Timur di Kota Kinabalu (10 kes), Kluster Grandview di Sandakan (15 kes), Kluster Balak Penangah di Tongod (25 kes) dan Kluster Jalan Membalua di Tawau yang mencatatkan 13 kes.

“Semua kes melibatkan penularan di tempat kerja. Siasatan lanjut untuk pengesanan semua kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi iaitu 82 dengan pecahan 36 kes dikesan daripada saringan kluster, 22 kes melalui saringan bersasar, 18 kes hasil saringan kontak rapat, lima kes menerusi saringan bergejala dan satu kes daripada saringan lain.

Katanya 36 kes yang direkodkan ialah daripada saringan dilakukan ke atas enam kluster aktif iaitu Kluster Agora Borneo (23 kes), Kluster KKIP Empat Timur (9 kes) dan masing-masing satu kes untuk Kluster Lorong Berjaya, Kluster Bahtera Barat, Kluster Tembok Kota Kinabalu serta Kluster Jalan Kayu Madang.

Masidi juga berkata sebanyak 22 kes dikesan daripada saringan bersasar yang direkodkan ialah dari lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) iaitu PKPD Taman Jaya Diri di Manggatal melibatkan 16  kes dan PKPD Kampung Pondo di Pulau Gaya membabitkan enam kes. – BERNAMA



Post Views:
8

[ad_2]

Source link