[ad_1]

INSTITUT Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) bekerjasama dengan University of Cambridge Institute for Sustainability Leadership (CISL) menganjurkan program pendidikan eksekutif untuk memperkukuhkan industri kewangan Islam.

Program Kelestarian Kepimpinan untuk Institusi Kewangan yang diadakan pada 14 dan 15 Julai ini akan dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Yusry Yusoff berkata, program itu dianjurkan bagi menyokong komitmen oleh Komuniti Pengamal (COP) Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

Beliau berkata, ia melibatkan tiga kumpulan pembelajaran yang akan mengikuti program ini yang mana kumpulan pembelajaran

pertama bakal dihadiri oleh 32 peserta daripada 17 institusi perbankan Islam yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai pengurusan kanan.

“IBFIM sangat teruja di atas peluang untuk bekerjasama dengan CISL iaitu sebuah institusi kelestarian global yang terkemuka.

“Kami yakin bahawa program ini yang dihasilkan secara

eksklusif oleh CISL untuk industri kewangan Islam akan mendorong penerapan VBI dan memperperkukuhkan peranan industri dalam memajukan masa depan yang lestari.

“Pihak kami juga berterima kasih atas sokongan dan komitmen daripada anggota VBI-COP dalam pembangunan program ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif University of CISL, Claire Shine berkata, pihaknya telah bekerjasama lebih 30 tahun bersama pemimpin-pemimpin dalam bidang perniagaan dan kewangan, pembuat dasar dan juga masyarakat umum bagi

membantu mereka memahami dan menangani cabaran global yang kritikal serta menggunakan pengetahuan dan jaringan sedia ada sebagai perantara bagi memajukan konsep kelestarian.

“Kami amat komited untuk menangani perubahan iklim, melindungi dan memulihkan alam semula jadi dalam membina masyarakat yang inklusif dan berdaya tahan.

“Kami juga berharap dengan kerjasama yang sedia ada bersama IBFIM, program kepemimpinan transformatif ini dapat dilaksanakan bagi membantu institusi kewangan mengambil tindakan terhadap risiko dan peluang di dalam era global yang berubah dengan pantas,” katanya.

[ad_2]

Source link