Seorang Wanita Cedera Dikapak Rakan Serumah

Seorang Wanita Cedera Dikapak Rakan Serumah



PENAMPANG: Wanita berusia 24 tahun cedera selepas diserang menggunakan kapak di sebuah taman perumahan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa dikatakan diserang oleh seorang wanita yang juga rakan serumahnya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tinggal di rumah milik seorang lagi wanita berusia 40 tahun.

Katanya, ketika kejadian berlaku pertengkaran antara suspek yang berusia 33 tahun dengan mangsa.

“Suspek kemudian menyerang mangsa dengan senjata dipercayai sebilah kapak hingga terkena di bahagian kepala.

“Mangsa kemudiannya menghubungi wanita pemilik rumah berkenaan dan memaklumkan mengenai kejadian itu sebelum membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana pemilik rumah terbabit membenarkan mangsa tinggal serumah dengannya.



Post Views:
9



loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *