Depoh Manggatal Merusuh Kerana Tak Dapat Balik Raya

Depoh Manggatal Merusuh Kerana Tak Dapat Balik Raya


KOTA KINABALU: Sekumpulan tahanan Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal, dilaporkan merusuh pagi tadi selepas dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan balik untuk menyambut Aidilfitri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata keadaan bagaimanapun dapat dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan (LSF), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian. 

Tiada kecederaan atau mana-mana tahanan melarikan diri susulan kejadian itu. 

“Kita cuma dimaklumkan terdapat beberapa kerosakan dalam kejadian itu yang hanya membabitkan sebuah blok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hazani berkata, siasatan awal mendapati kebanyakan tahanan dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan pulang menjelang Hari Raya. 

Tahanan bertindak sedemikian disebabkan mereka tidak dapat balik Hari Raya. Kalau ingat 2015 lalu, dua hari sebelum Hari Raya, mereka juga merusuh sebab nak balik Raya. 

Keadaan terkawal di kawasan Depoh Tahanan Imigresen Manggatal, Kota Kinabalu selepas kehadiran pasukan LSF. - Foto ihsan polis
Keadaan terkawal di kawasan Depoh Tahanan Imigresen Manggatal, Kota Kinabalu selepas kehadiran pasukan LSF. – Foto ihsan polis

“Sekarang ini, penghantaran balik tahanan ke negara asal terganggu disebabkan pandemik COVID-19,” katanya. – BH Online



Post Views:
1



loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *