Pelajar KV Keningau Pembentang Jemputan Webinar Asia Tenggara

Pelajar KV Keningau Pembentang Jemputan Webinar Asia Tenggara


Nezatul Fazlyin Zainal dan Ryan Derrick Siggoh telah mewakili Malaysia sebagai pembentang jemputan bagi sesi sulung SEA Vocational-Technical Webinar anjuran SEAMEO TED yang berpusat di Phnom Penh, Kemboja, pada 3 Mac yang lalu. Program latihan dalam talian tersebut merupakan program bersiri yang melibatkan institusi-institusi vokasional di kesemua negara di Asia Tenggara. KV Keningau telah menerima tawaran penganjur untuk membuka tirai webinar bersiri itu dengan menampilkan dua pelajar beserta seorang guru yang telah berkongsi ilmu, amalan dan idea yang boleh dimanfaatkan dalam bidang kemahiran. Pembentangan pasukan KV Keningau bolehlah diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/7IyhqpMqswA

Kedua-kedua pelajar ini berpengalaman membentang secara maya di peringkat global. Nezatul Fazlyin Zainal, pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak, merupakan rakyat Malaysia yang pertama berucap di Youth STEM Summit yang dilaksanakan dalam talian oleh sebuah persatuan belia di Britain pada tahun lepas. Manakala Ryan Derrick Siggoh beserta seorang rakan kelasnya pernah mewakili kolej tersebut membentang projek mereka  di persidangan maya anjuran sebuah universiti di Indonesia pada tahun 2020. Ryan Derrick merupakan pelajar jurusan teknologi elektrik.


Post Views:
0



loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *