Vaksin Covid-19 tiba di Sabah, Khamis ini

Vaksin Covid-19 tiba di Sabah, Khamis ini


Kota Kinabalu: Bekalan pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Sabah, Khamis ini. Ketua Menteri Datuk Hajiji No…


Kota Kinabalu: Bekalan pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di Sabah, Khamis ini.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, bekalan itu penting dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

“Selain itu, kita juga berharap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dapat dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kejayaannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hajiji berkata, beliau akan menyambut ketibaan bekalan vaksin untuk Sabah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Khamis ini.

Sebelum ini media melaporkan bekalan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10 pagi, semalam.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *