Cuaca buruk, hujan lebat hingga esok

Cuaca buruk, hujan lebat hingga esok


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka be…


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah, sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Pahang membabitkan kawasan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, serta Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran sama turut dikeluarkan untuk Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman di Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, di Sandakan (Telupid dan Sandakan) serta Labuan.

“Hujan lebat juga dijangka berterusan di negeri Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat dan Sandakan di Beluran dalam tempoh sama,” menurut kenyataan itu.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *