Upacara di gereja dibenarkan di Sabah pada Hari Natal dengan SOP

Upacara di gereja dibenarkan di Sabah pada Hari Natal dengan SOP


Kota Kinabalu: Kerajaan negeri membenarkan upacara sembahyang di gereja sempena Hari Natal pada 24 dan 25 Disember ini di kawasan Perintah K…

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri membenarkan upacara sembahyang di gereja sempena Hari Natal pada 24 dan 25 Disember ini di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, bagaimanapun penganut Kristian di negeri ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, jumlah kehadiran hanya terhad seramai 50 peratus daripada kapasiti gereja dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

“Tempoh masa sembahyang tidak melebihi satu jam 30 minit setiap sesi dan diselangi dengan operasi sanitasi selama 45 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya.

“Tetamu yang datang ke rumah pada sambutan Pra-Natal dan Hari Natal adalah dihadkan tidak melebihi dua jam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, semua ahli jawatankuasa pengurusan gereja, ketua agama dan petugas diwajibkan menjalani saringan kesihatan sebelum memulakan tugas.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *