Guru Bahasa Inggeris Sabah wakili Malaysia di persidangan maya Indonesia

Guru Bahasa Inggeris Sabah wakili Malaysia di persidangan maya Indonesia


Puan Nur Aliah Leornard, guru Bahasa Inggeris, KV Keningau, telah membentang kaedah pembelajaran berasaskan internet di persidangan antarabangsa secara maya pada 30 Oktober 2020. Persidangan anjuran Sanata Dharma University yang berpangkal di Indonesia tersebut merupakan majlis ilmu yang yang dikhaskan untuk pendidik pendidik Bahasa Inggeris. Puan Nur Aliah membentang projeknya bertajuk “Developing Information Literacy Through the Use of Thinking Tools in Webquest Activities” di persidangan “Language and Language Teaching Conference” (LLTC) tersebut yang berlangsung melalui aplikasi Zoom.

Hasil kerja yang dibentang oleh guru ini merupakan kaedah pembelajaran berasaskan literasi maklumat dan media. Berdasarkan bacaan artikel artikel ilmiah, Puan Nur Aliah bersetuju bahawa peningkatan penggunaan alat komunikasi mudah alih telah menyebabkan penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang kian berleluasa di kalangan komuniti termasuklah pelajar pelajar sekolah. Justeru itu, dia besama rakan guru yang lain mengambil keputusan untuk melaksanakan projek ini yang mendidik pelajar agar lebih celik dan berwaspada dalam mengenalpasti maklumat yang tidak wajar dikongsikan di laman sosial kerana sumber yang meragukan. Ianya penting memandangkan penyebaran maklumat sebegitu mampu menimbulkan kemarahan atau ketakutan di kalangan masyarakat.

Kolej Vokasional Keningau tekad untuk mengatasi penyebaran maklumat palsu melalui pelbagai usaha. Pasukan pelajar sekolah ini telah menjuarai hackathon anjuran UNESCO pada tahun ini dimana mereka telah mencadangkan bengkel latihan bagi guru untuk mempelajari beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menilai tahap kesahihan maklumat-maklumat tertentu. Ketua unit teknologi sekolah tersebut juga kerap mengadakan seminar dalam talian berkenaan dengan etika dalam media sosial termasuklah literasi maklumat dan media.

Menurut pengarah KV tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, sekolah tersebut sentiasa menggalakkan para pelajar dan guru untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya. Setakat ini, kolej tersebut telah membentang pelbagai projek di persidangan dan pertandingan inovasi di serata dunia sama ada secara bersemuka ataupun dalam talian.  


Post Views:
1



loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *