KETUA WANITA DAP SABAH MAHU 30 PERATUS WANITA DALAM SEMUA SEKTOR

KETUA WANITA DAP SABAH MAHU 30 PERATUS WANITA DALAM SEMUA SEKTOR


KOTA KINABALU: Lantikan 30 peratus wanita dalam pelbagai sektor di Sabah perlu diberi perhatian agar peranan wanita tidak dipinggirkan.

Ketua Wanita DAP Sabah Jannie Lasimbang berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak boleh meminggirkan peranan wanita dalam lantikan pemimpin akar umbi di peringkat kampung.

Beliau berkata, kerajaan GRS bakal melantik Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), ketua adat, ketua masyarakat Cina dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) maka, diharap lantikan itu akan turut membabitkan 30 peratus wanita.

“Jangan hanya menyatakan kerajaan sebelum ini tidak dapat buat begitu, jadi mereka tidak akan melakukannya. Kerajaan sekarang seharusnya lebih baik kerana mereka sudah pernah berada dalam kerajaan sebelum ini melalui Barisan Nasional (BN) selama lima dekad. Maka, pengalaman itu harus dimanfaatkan bagi mewujudkan polisi yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Jannie berkata, langkah ini seiring dengan cadangan yang diluluskan kerajaan Pulau Pinang untuk menempatkan 30 peratus wanita sebagai ahli majlis dan ahli lembaga pengarah.

Katanya, lantikan sebegitu juga amat penting untuk dilaksanakan di Sabah dalam mengiktiraf peranan wanita.

Walaupun aspek kelayakan dan kesesuaian perlu diambil kira namun, lantikan wanita dalam pelbagai sektor masih perlu dipertimbangkan.


Post Views:
8

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *