Seorang Lelaki Warga Pakistan Ditahan Didakwa Rogol Pekerja Di Paitan Pitas

Seorang Lelaki Warga Pakistan Ditahan Didakwa Rogol Pekerja Di Paitan Pitas

KOTA KINABALU: Seorang pemilik kedai runcit warga Pakistan di Paitan ditahan bagi menbantu siasatan terhadap dakwaan merogol pekerjanya.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kassim Musa berkata, keluarga mangsa berumur 21 tahun itu telah membuat laporan polis selepas mendakwa dirogol Isnin lalu.

Menurut wanita itu, dia datang ke kedai runcit tersebut untuk mengambil gajinya sebelum dipelawa minum arak oleh majikannya.

Katanya, kedua-dua mereka mabuk dan mendakwa dia dirogol di dalam stor kedai berkenaan.

“Mangsa kemudiannya dibayar gaji dan mendakwa pitam akibat dirogol.

“Selepas sedar, mangsa kemudiannya pulang ke rumah dan memberitahu keluarganya tentang kejadian tersebut,” katanya.

Katanya, mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mendapati terdapat kecederaan pada alat sulit mangsa.

loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *